Thursday, March 29, 2012


                         …….Warna-warni Dakwah  ……
  
Dakwah ibarat air….
Kerana ia merupakan satu keperluan……
Untuk diberi kepada mereka yang dahagakan teguran dan nasihat..

Dakwah ibarat bulan….
Kerana ia memberi sinar cahayanya…..
Untuk mereka yang berada dalam kegelapan dan kejahilan…..

Dakwah ibarat burung….
Kerana ia bebas dilakukan dimana-mana…..
Untuk mencegah mereka yang dalam kelalaian…..

Dakwah ibarat peta….
Kerana memberi petunjuk ke jalan yang benar……
Untuk mereka yang dalam kesesatan dan kebuntuan…..

Dakwah ibarat angin….
Kerana caranya yang lembut….
Untuk menyentuh sanubari hati …..