Friday, June 17, 2011


                      SI PERANTAUAN


 Dari kecil merentas lautan
Membawa diri tanpa bekalan
Dalam kegelapan menuju jalan
Tiada cahaya tiada sinaran

Dalam meniti perkayuhan
Pelbagai mihnah dan ujian
Datang tak dijemput dan dipersilakan
Menyelubungi relung kehidupan

Dalam arus pengembaraan
Roh dan jasad diselimuti keperitan
Kesabaran cuba ditelan
Untuk menjadi benteng kehidupan

Segala rintihan dijauhkan
Segala keluhan ditinggalkan
Ketabahan cuba diserapkan
Demi mengejar sebuah kebahagiaan



SI PERANTAUAN
Oleh:Nurul Afiqah















No comments:

Post a Comment