Thursday, December 15, 2011


Sahabat...
disaat imanku kelemahan
kalian pemberi ingatan...
disaat aku kegelapan
kalian penyuluh jalan...

Sahabat...
tika ku menderita,kalian setia menanti
tika kau disakiti,aku sedia mengubati
inilah sahabat yang ingin dirapati
disayangi,didekati...


Saturday, July 30, 2011


                               Suasana hati yang kejauhan

Keluargaku melambai kerinduaan pada

anaknya yg berada diperantauan

menyahut perjuangan warisan

yang xpernah surut ditelan zaman...

umi,abah sabar menanti

kehadirannku disisi mereka

walaupun hati meronta kerinduaan

teringatkan anankya namun apakan daya

hanya doa yang mampu dikirim kesana....

suasana kepiluan hati umi abah

akan ku design menjadi ceria,bahagia

dengan menghantarkan diriku

menemui kalian tidak lama lagi....




kunilkan tika hati meronta ingin pulang menemui mereka

Friday, June 17, 2011


                      SI PERANTAUAN


 Dari kecil merentas lautan
Membawa diri tanpa bekalan
Dalam kegelapan menuju jalan
Tiada cahaya tiada sinaran

Dalam meniti perkayuhan
Pelbagai mihnah dan ujian
Datang tak dijemput dan dipersilakan
Menyelubungi relung kehidupan

Dalam arus pengembaraan
Roh dan jasad diselimuti keperitan
Kesabaran cuba ditelan
Untuk menjadi benteng kehidupan

Segala rintihan dijauhkan
Segala keluhan ditinggalkan
Ketabahan cuba diserapkan
Demi mengejar sebuah kebahagiaan



SI PERANTAUAN
Oleh:Nurul Afiqah















Tuesday, June 7, 2011





     MELODI HATI

Assalamualaikum....tibe2 je dihujung jari ini terasa plik dan sedikit gatal untuk menekan keybord laptop yg bernama Toshiba yg xberapa mahal harganya bersama cahaya kegelapan malam yang penuh kedamaian...tp..bersyukur kerana izinNya ia mampu dimiliki dan ia adalah teman hidupku dikala aku kesunyian....Ya Allah...ingin sekali aku mengadu padaMu Ya Rahim....sebenarnya disebalik tabir kegembiraan dan kecerian wajah ini terselik sedikit kepahitan dan keperitan yang telah bertapa disegenap relung kekosongan hati ini....kepahitan yg dirasa seperti kopi tanpa gula...segalanya datang tanpa diduga dan tanpa diundang oleh mana2 pihak...ahh...peritnya rasa......sakitnya rasa....xsanggup untuk memikulnya lagi.....xberdaya untuk mengengamnya lagi.......penantian satu penyeksaan....volume kesabaran semakin menurun...energy semangat semakin berkurangn...segalanya terasa hambar untuk dilaksanakan.....seperti kuah tom yam tanpa perencah...diri ini merasakan xlayak lagi bermukim dibumi Pencipta Yang Maha Agung ini.....itulah yg sentiasa menjadi perbualan hati minit demi minit,hari demi hari,minggu demi minggu yang xpernah surut ditelan keperitan...

Adakah  kesedihan itu kita sandarkan kepada Khalid?
Adakah kesedihan itu akan terus dibiarkan ia bermaharajalela dalam kotak kehidupan kita? 
 Adakah kita akan terus tewas dengan serpihan2 kaca yang telah mencederakan kita?  
  Adakah kita akan terus tersungkur dikala kita rebah dan jatuh?

InsyaAllah ia akan terjawab bila diri ini terasa gatal untuk menekan this keybord.....
   
     cube renung2kan dulu......:)

Monday, June 6, 2011


        PENGHARAPAN SEORANG INSAN
                      
Carilah keredaaNya…..

Jangan cari pujian manusia…..

Titipkanlah rasa rindu padaNya….

Jangan titipkan rasa rindu pada makhlukNya…..

Kutiplah pengalaman….

Jangan kutip permasalahan…….

Carilah penyelesaian……

Jangan cari pergaduhan……

Laksanakanlah dengan kelakuan…..

Jangan laksanakan hanya di bibir…..

Warnailah dengan akhlak yang baik…..

Jangan warnai dengan akhlak yang buruk….

Ukirkanlah zikir dihati…..

Jangan ukirkan kemaksiatan dihati…..

Searchlah keburukkan diri sendiri…..

Jangan search keburukkan orang lain…..

Binalah kekuatan diri…..

Jangan bina kelemahan diri…..

       (bingkisan buatku & sahabt2ku)



PENGHARAPAN SEORANG INSAN
Oleh:Nurul Afiqah





          BiDaDARi BeRwAjaH ManUSiA



Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa 
mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini! 

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH.Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan... 

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.

Wednesday, May 11, 2011


                      InDaHnYE RaSe

                    
Cinta Allah.....selamanya.....

Cinta manusia.....sementara....

Kasih Allah....sepenuh hati....

Kasih manusia....separuh hati....

Rindu Allah....sentiasa....

Rindu manusia....sekejap....

Janji Allah…benar….

Janji manusia….khianat….

Pertolongan Allah…yakin dan pasti…

Pertolongan manusia….belum pasti….


Saturday, May 7, 2011


   JaDiKaNLaH ALLaH……


Duhai sang hati….
Jika kau ditempatkan dalam kesedihan…
Jadikanlah Allah sebagai penghibur lara dihatimu….

Duhai sang hati….
Jika kau berada dalam kepahitan…
Jadikanlah Allah sebagai kemanisan dihatimu….

Duhai sang hati….
Jika kau berada dalam kesakitan…
Jadikanlah Allah sebagai penawar dihatimu….

Duhai sang hati….
Jika kau tiada berteman….
Jadikanlah Allah sebagai peneman dihatimu....

Duhai sang hati….
Jika kau dalam kekosongan….
Jadikanlah Allah sebagai pengisian dihatimu…

Duhai sang hati….
Jika kau dalam kerinduan….
Jadikanlah Allah sebagai perindu dihatimu….

Duhai sang hati….
Jika disaat kau tiada kekasih….
Jadikanlah Allah  sebagai kekasih dihatimu….


Duhai sang hati....
Jika kau lemah semangat....
Jadikanlah Allah sebagai pembakar semangat dihatimu....


Duhai sang hati....
Jika kau dalam keadaan bermasalah....
Jadikanlah Allah sebagai penyelesaian dihatimu...


Duhai sang hati....
Jika kau dalam keadaan serabut....
Jadikanlah Allah sebagai penenang dihatimu...



Tuesday, April 19, 2011


          MEMORI KOTAK LUKA…..
Duhai teman    
Aku kesedihan….              
Aku kesepian….
Aku kesunyian….
Aku kesedihan kerana kehadiran kau dalam hidupku tiada lagi….
Aku kesepian kerana tiada lagi gurauan antara kau dan aku….
Aku kesunyian kerana tiada lagi bicara hati antara kau dan aku….
Aku rasa diriku ini tidak bermakna lagi buat mu….
Aku tahu….diriku tak sehebat teman yang lain
Aku tahu….diriku tak sebaik teman yang lain
Aku tahu….diriku tak sepandai teman yang lain
Tapi aku cuba untuk menepis perasaan itu kerana aku masih mempunyai ALLAH sebagai peneman hatiku….Tapi….aku ada sebentuk hati dan perasaan yang dahagakan kasih sayang dari seorang sahabat  yang bergelar teman….dan jugak tempat untuk aku meluahkan segala keresahan hati ini…
Duhai teman
Segala kesedihan….
Segala kesepian….
Segala kesuyian….
Yang telah hadir dalam hidupku selama ini telah ku kunci dan telah kusimpan ia didalam sebuah kotak
Memori luka dan ku biarkan ia berlalu pergi dibawa arus pantai yang bergelora dengan tiupan angin yang kencang….aku biarkan ia pergi kerana aku tidak sanggup lagi menanggung segala kesakitan dan keperitan yang selama ini ALLAH telah mengujiku...
Duhai teman
Segala kepahitan yang kurasakan dulu telah hilang entah kemana…
Kini….kebahagiaan yang kurasakan….
Ya Allah….aku amat bersyukur kepadaMu kerana hubungan yang suram selama ini kembali bersinar…kerana Kau telah mempertemukan aku dengan PERMATA2 yang sangat berkilau dan amat berharga buatku….Ya Allah…inilah PERMATA2 yang kucarikan selama ini dan telah dikembalikan ke pangkuan hatiku….walaupun kepahitan itu datang kembali tapi ia dapat dikikis  sikit demi sedikit kerana PERMATA itu lebih bercahaya dari segala galanya…Insyaallah ukhuwwah yang telah terjalin ini akan kekal selamanya kerana ia terbina diatas jalanNYA….UHIBBUKUM FILLAH

DUHAI TEMAN…”DIKAULAH SEBENARNYA PERMATA DIHATIKU”
 

Friday, April 15, 2011



                 SeRpIHAn MuTiAra

Diriku ibarat serpihan mutiara yg bertaburan pecah.....yg mne dulu,mutiara ini bercahaya dan bersinar2 dgn ada kilauanya....bila dipandngnye,timbul ketenangan dlm sanubari hati si pelihat....kerana kilauanye yg begitu berkilau sehingakan dapat menyinarkan mane2 mutiara yg redup dan suram cahayanya...Dulu....mutiara ini amat berharga buat mutiara2 yg lain...kerana,apabila mutiara2 yg lain kurang berkilau maka mutiara inilah yg akan memancarkan cahayanya walaupun xsecerah bintang dilangit.....namun,bersyukurlah kerana hanya ini sahaja yg  mampu ia bantu....duhai si pelihat....sinaran diluarnya  tidak mengmbarkan didalamnya bercahaya,,,kerana sinaran diluar hanyalah lakonan semata-mata demi meyakinkan mata si pelihat betapa cantiknya kilauan mutiara ini....suramnya dan redupnya mutiara ini Hanyalah Dia(ALLAH S.W.T) saja yg Mengerti....kadang2 mutiara ini terpaksa mengembara keseorangn tanpa bantuan mutiara2 yg lain dan tanpa hala tuju yg betul demi mencari sedikit sinaran...ALHAMDULILLAH...sinarnya kembali hadir walaupun xsecerah bulan dilangit... tp...sekarang....smua itu sudah hancur musnah dan mnjdi sbuah knngan smata2...tdk ada lagi kebahagian malah yg ada hnyalah kesedihan...kerana....ia tidak dapat lagi berkongsi sinarannya dengan mutiara2 yg lain apatah lagi untuk dirinya sendiri....Ya Allah....ia sudah tidak berdaya lagi untuk mencari sinarnya yg hilang entah kemana...tapi.... ia akan cuba mencari...mencari...dan....terus mencari....inilah ungkapannya.....